Perdagangan

Kami tidak suka bercakap besar, tetapi...

Syarat perdagangan kami memang antara yang terbaik.
Akses forex, indeks, logam, saham dan komoditi di pasaran paling cair yang terbesar di dunia dengan spread ketat dan pelaksanaan sepantas kilat.

Jenis pesanan.

Pesanan pasaran.

Pesanan pasaran adalah pembelian atau penjualan aset pada harga semasa. Pelaksanaan pesanan pasaran akan menyebabkan pembukaan satu kedudukan perdagangan. Anda akan membuat pembelian pada harga minta dan jual pada harga bida.

Pesanan belum selesai.

Pesanan belum selesai membiarkan anda memilih harga yang anda inginkan untuk membuat pembelian atau penjualan. Jadi, pesanan anda hanya akan dilaksanakan sekiranya harga tertentu dicapai. Pesanan belum selesai termasuk pesanan had dan pesanan renti.

Henti rugi.

Dalam keadaan perdagangan anda bergerak dalam arah yang tidak menguntungkan, anda boleh menggunakan henti rugi untuk meminimumkan kerugian. Henti rugi sentiasa berhubung dengan pesanan belum selesai atau kedudukan terbuka.

Ambil keuntungan.

Ambil keuntungan menutup kedudukan anda selepas harga mencapai paras tertentu yang menguntungkan. Pesanan ini sentiasa disertakan dengan kedudukan terbuka atau pesanan belum selesai.

Paras henti keluar.

Paras henti keluar ialah paras margin yang menyaksikan kedudukan terbuka anda mula ditutup secara automatik. Paras henti keluar FXGlobe ialah 25%.

Harap Maklum:

* Maklumat yang diberikan mungkin tertakluk kepada perubahan. Oleh itu, anda disarankan supaya menyemak spesifikasi perdagangan dalam Terminal Perdagangan sebelum melaksanakan perdagangan.

** Spesifikasi Spread diperoleh daripada * RAZOR PLUS ACCOUNT, semasa waktu perdagangan 08:00-20:00 GMT +2

*** Carta simbol memaparkan data sejarah dari kontrak hadapan lepas hanya untuk tujuan maklumat sahaja. Prestasi lepas bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk hasil masa depan.

Syarat perdagangan.

Spread yang ketat kami, pelaksanaan sepantas kilat dan pilihan leveraj mencipta keadaan yang kondusif untuk pedagang runcit dan profesional.

Notis Penting untuk Penduduk EU

Laman web ini tidak ditujukan kepada penduduk EU dan berada di luar rangka kerja kawal selia Eropah dan MiFID II.

Sila pilih di bawah jika anda ingin meneruskan ke tapak web EU kami.